Tuesday 26 February 2013

Pusat Sumber Sekolah Kami


KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari   perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya;

“Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan   ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.”


PENGENALAN PSS SK LKTP PALONG TIMUR 1

Pusat Sumber SKPT1 merupakan pusat aktiviti yang menuju ke arah pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  Ia adalah satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang mantap, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan kepada warga SKPT01.

Pusat Sumber SKPT1 berfungsi sebagai pengumpul maklumat.  Segala maklumat disusun secara sistematik supaya dapat diakses dengan mudah dan segera.

Pusat Sumber SKPT01 menyediakan satu perkhidmatan yang membolehkan semua pihak mencapai matlamat kurikulum dalam menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani pelajar.
Pusat Sumber Sekolah ini terletak di aras tiga Blok D. Pusat Surnber  ini sepanjang 6 bay yang dibahagikan kepada:
   a) Bilik  Tayang dan Stor BBM
   b) Bilik  Pengurusan dan Pentadbiran.