KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat
sumber sekolah adalah pengembangan dari
perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada
peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya;
“Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang
menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang
diurus secara sistematik. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan
peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran
asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat.”
PENGENALAN
PSS SK LKTP PALONG TIMUR 1
Pusat Sumber SKPT1 merupakan pusat aktiviti yang
menuju ke arah pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Ia adalah satu konsep yang
banyak menumpukan kepada pengurusan yang mantap, berpusat dan menyeluruh yang
dapat memberi faedah dan perkhidmatan kepada warga SKPT01.
Pusat Sumber SKPT1 berfungsi sebagai pengumpul
maklumat. Segala maklumat disusun secara
sistematik supaya dapat diakses dengan mudah dan segera.
Pusat Sumber SKPT01 menyediakan satu perkhidmatan
yang membolehkan semua pihak mencapai matlamat kurikulum dalam menggalakkan
perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani pelajar.
Pusat Sumber Sekolah ini
terletak di aras tiga Blok D. Pusat Surnber ini
sepanjang 6 bay yang dibahagikan kepada:
a)
Bilik Tayang dan Stor BBM
b)
Bilik Pengurusan dan Pentadbiran.